sudah terlalu lama kita tidak bersua muka..
kini kau hadir dengan seribu tanda tanya...
kini kau hadir membawa luka yang makin dalam dihatiku ini...
tidak aku sangka luka yang dirawat semakin parah...
hati kian membengkak..
terpaksa menahan kesakitan yang tidak akan pernah terubat...
kau mungkin tidak akan pernah merasai sebagaimana aku merasai kesakitan diketika ini...
kau mungkin tidak akan pernah merasai sebagaimana aku merasai kehancuran diketika ini...
arghhh...
apakah yang dimaksudkan dengan perasaan ini ??
mungkin aku silap..
silap kerana terlalu memberi hati..
silap kerana terlalu memberi kasih..
silap kerana terlalu memberi sayang...
dan yang paling silap kerana aku terlalu mudah memberi cinta..
mungkin aku ego tapi keegoan aku hanya kerana tidak mahu merasa kesedihan..
mungkin aku terlalu memendam tapi aku memendam hanya kerana ingin menutup luka yang terlalu dalam..
aku masih disini bersama janji-janji yang pernah aku lafazkan dulu...
aku masih disini bersama luka-luka yang kian mendalam...
seandainya kau tahu...
hati aku sudah tertutup rapat untuk insan lain...
seandainya kau tahu...
bahawa kau adalah insan yang terakhir yang kini berada dihati aku...
seandainya kau tahu..
aku terpaksa menahan airmata ini untuk jatuh kerana aku tidak mahu kau berasa serba salah dengan semua yang terjadi...
seandainya kau tahu..
aku terlalu gembira apabila dapat bersua muka denganmu..
dan seandainya kau tahu...
aku terlalu merindui saat-saat kita selalu bertengkar..
saat-saat kita selalu bergurau senda..
saat-saat kita selalu bermesra...
OK, aku tahu semua itu hanya kenangan lalu...
tapi kenangan itulah yang selalu aku ingati...
kenangan itulah yang membuatkan aku terlalu berhati-hati dalam memberi hati...
aku tidak mahu lagi dilukai..
aku tidak mahu lagi dihancuri..
dan aku tidak mahu lagi dikhianati...
terlalu perit dan perihnya terasa apabila semua itu kembali terjadi...
mungkin aku bukanlah insan yang terpilih untuk kamu...
tapi aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang selalu dipilih...
mungkin aku bukanlah insan yang sempurna disisi kamu..
tapi aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang terlalu sempurna...
hanya dengan izin Allah...
"Awak, mungkin awak tidak tahu sesuatu..begitu sukar untuk saya memadam perasaan ini...
awak, mungkin awak tidak tahu sesuatu..begitu sukar untuk saya memadam kenangan itu...
awak, mungkin awak tidak tahu sesuatu..begitu sukar untuk saya lakukan semua itu"















No comments:
Post a Comment