aku selalu bermimpi akan perhubungan kita seindah dulu..
aku selalu berharap akan jalinan mesra itu tidak terputus ditengah jalan..
dan aku selalu mendambakan bahawa perkenalan kita akan sampai ke jenjang pelamin...
tetapi itu semua hanyalah mimpi yang direka oleh pencipta sekadar untuk mainan tidur..
aku akui bukan mudah untuk melenyapkan perasaan sayang ini terhadapmu..
aku akui bukan mudah untuk meleraikan dua hati yang telah bersatu..
dan aku akui bukan mudah untuk meraih cinta dari insan yang tidak mencintai kita...
tetapi itulah yang selalu aku lakukan untuk mendapatkan perhatian daripadamu wahai kekasih...
aku sedari bahawa cintaku tidak seutuh cinta si dia..
aku sedari bahawa sayangku tidak sekuat sayang si dia..
dan aku sedari bahawa rinduku tidak seerat rindu si dia...
tetapi itulah yang aku cuba lakukan untuk memenangi hatimu wahai kekasih...
aku selalu berusaha untuk memperbaiki perhubungan ini dan aku tidak pernah mengalah walau sesaat..
tapi kamu tidak pernah berjuang untuk memperbaiki perhubungan ini malah kamu meminta untuk aku melupakannya...
terlalu kejam aku rasakan..
terlalu perit untuk aku menerima...
"awak, saya dah kalah...saya kalah dalam memenangi hati awak...saya akui bukan mudah dan terlalu sukar untuk memecahkan dinding keegoan..
awak, saya menyerah..saya menyerah kerana saya sudah berputus asa diatas segala-galanya yang telah terjadi...
awak, saya redh0...saya redh0 akan semua ini adalah ketentuan daripadanya...
awak, saya lemah..saya lemah kerana terpaksa melepaskan hati awak dan menyerahkannya untuk insan yang lain...
awak, saya keliru..saya keliru dalam memilih jalan kebahagiaan..
awak, saya merindui...merindui semua kenangan-kenangan kita bersama...
awak, saya masih disini bersama cinta yang saya tanam untuk awak...
saya masih disini bersama sayang yang semaikan untuk awak...
dan saya masih disini bersama hati yang telah awak hancurkan...
terima kasih awak kerana pernah menjadikan saya sebahagiaan daripada susah dan senang awak dulu..
terima kasih kerana pernah menyayangi, mencintai dan merindui saya suatu ketika dahulu..."
yeahhh !!
kini aku bangkit dan membuktikan yang aku tak sakit...
segala kata cacian yang telah kau berikan dahulu akan aku jadikan sebagai pembakar semangat buat diri aku terus bangkit...
terima kasih buat insan yang pernah aku sayangi...
dirimu akan tetap aku sayangi seumur hidup aku...
tiada benci dalam hidup aku untuk kamu...















No comments:
Post a Comment