Thursday, 22 November 2012

take a note !



memang mudah untuk melafazkan sesuatu...
memang mudah untuk mencipta sebuah janji..
memang mudah untuk melakukan segala-galanya jika ianya mula menarik minat kita...
tapi tahukah kamu bahawa sesuatu yang dilafazkan belum tentu dapat dikotakan...
tahukah kamu bahawa sesuatu yang dijanjikan belum tentu dapat ditepati...

mengapa perlu menyentuh hati dan perasaan seseorang jika tiada niat yang jujur terhadap dirinya...
mengapa perlu menyentuh hati dan perasaan seseorang jika niat hanya ingin mempermainkan...

kau selalu mencari sesorang yang sempurna tapi...
sempurnakah dirimu untuk mencari yang sempurna??

kau selalu mengharapkan yang cantik, yang comel, yang cute tapi...
kacak kah, hensem kah, smart kah dirimu??

"heyyy, sembahyang pown ta cukop 5 waktu jangan mimpi na dapat yang sempurna! "

ukur baju dibadan sendiri, itu lebih penting jika dibandingkan dengan masuk bakul angkat sendiri...

bukan rupa paras yang aku pinta..
bukan harta kekayaan yang aku kejarkan...
yang aku pinta hanyalah kejujuran...
yang aku kejarkan hanyalah kesetiaan...

mungkin saja aku banyak kekurangan...
mungkin saja aku tidak mempunyai kesempurnaan..
mungkin saja aku tidak mempunyai rupa paras yang menawan...
namun aku punyai kesetiaan serta kejujuran....

Ya !!
jodoh itu ketentuan Tuhan..

jodoh dari Tuhan mampu merubah segala-galanya tapi mampukah hati yang keras merubah perasaan yang langsung tidak pernah terdetik disudut hati itu??

aku mula keliru...
segala propaganda-propaganda liar itu mula merasuk fikiran aku....
aku mula lemah...
segala kata-kata manis yang kau ungkapkan dulu mula bermain diminda aku...
aku mula sedih...
segala janji-janji palsu itu mula menikam hati dan perasaan aku...

kau mula bersama keegoanmu...
kau mula bersama kata cacianmu...
tapi ingat..
aku masih disini bersama luka...
aku masih disini bersama sebuah harapan...

aku biarkan diriku bersama luka..
dan biarkan aku yang merasai luka itu...
jangan sesekali kau yang terluka...
dan jangan biarkan kau merasai kelukaan seperti aku...


Thanxx f0r reading ! ^_^

Sunday, 18 November 2012

dua bulan sendiri


dua bulan aku sendiri...
dua bulan sebuah jangka masa yang agak lama..
dua bulan mungkin pada angka nampak sekejap...
tapi dua bulan mengikut hari amat memeritkan...

dua bulan aku sendiri..
dua bulan perjalanan hidup aku tanpa kekasih...
dua bulan aku menjaga diri aku sendiri...
dua bulan hati masih belum dapat menghapuskan namamu...

" awak, mungkin dalam masa dua bulan perhubungan kita terbengkalai ini awak telah menemukan pengganti saya yang dapat menggembirakan awak..
mungkin dalam masa dua bulan ini awak telah menemukan kebahagiaan awak tanpa saya disisi...
tapi pernahkah awak tahu bagaimana saya dalam masa dua bulan neyh??
tak kan?? "

19 September menjadi titik noktah bagi aku...
19 September menjadi mimpi ngeri buat aku...
19 September hati aku mula tertutup dan terkunci buat sesiapa untuk memasuki...

sebulan sebelum 19 September adalah 19 Ogos..
19 Ogos merupakan hari lahirmu...
berbagai-bagai masalah yang kita tempuhi dan akhirnya terusai sudah...

" awak tahu tak betapa susahnye kehidupan saya tanpa awak disisi..
awak tahu tak betapa banyaknya dugaan yang saya tempuh tanpa awak disisi...
awak tahu tak betapa peritnya hati saya terpaksa melihat awak bahagia sedangkan saya derita.."

dua bulan aku masih lagi disini sendirian...
dua bulan aku masih mengharap cinta yang tak pernah kunjung datang...
dua bulan aku masih lagi tetap bersama dengan janji yang pernah aku lafazkan dulu...

aku mula berhenti mencari tetapi aku menunggu...
aku mula berhenti mengharap tetapi aku menanti...

" awak, seandainya awak tahu...setelah saya kehilangan awak, hati saya langsung tidak terdetik untuk mencari teman pengganti...
awak, seandainya awak tahu...setelah saya dikecewakan oleh awak, hati saya langsung tidak mahu memandang lelaki lain...
awak, seandainya awak tahu...setelah cinta saya dikhianati, hati saya mula takut bila disoalkan mengenai hati dan perasaan..
begitu fobia saya dengan apa yang telah terjadi antara kita"

" Ya Allah, janganlah engkau tanamkan sifat benci didalan diri aku terhadap kaum adam...
sesungguhnya adam telah diciptakan untuk hawa.."


Thanxx f0r reading ! ^_^

Wednesday, 14 November 2012

rintih hati III


sudah terlalu lama kita tidak bersua muka..
kini kau hadir dengan seribu tanda tanya...
kini kau hadir membawa luka yang makin dalam dihatiku ini...
tidak aku sangka luka yang dirawat semakin parah...

hati kian membengkak..
terpaksa menahan kesakitan yang tidak akan pernah terubat...
kau mungkin tidak akan pernah merasai sebagaimana aku merasai kesakitan diketika ini...
kau mungkin tidak akan pernah merasai sebagaimana aku merasai kehancuran diketika ini...

arghhh...
apakah yang dimaksudkan dengan perasaan ini ??
mungkin aku silap..
silap kerana terlalu memberi hati..
silap kerana terlalu memberi kasih..
silap kerana terlalu memberi sayang...
dan yang paling silap kerana aku terlalu mudah memberi cinta..


mungkin aku ego tapi keegoan aku hanya kerana tidak mahu merasa kesedihan..
mungkin aku terlalu memendam tapi aku memendam hanya kerana ingin menutup luka yang terlalu dalam..
aku masih disini bersama janji-janji yang pernah aku lafazkan dulu...
aku masih disini bersama luka-luka yang kian mendalam...

seandainya kau tahu...
hati aku sudah tertutup rapat untuk insan lain...
seandainya kau tahu...
bahawa kau adalah insan yang terakhir yang kini berada dihati aku...
seandainya kau tahu..
aku terpaksa menahan airmata ini untuk jatuh kerana aku tidak mahu kau berasa serba salah dengan semua yang terjadi...
seandainya kau tahu..
aku  terlalu gembira apabila dapat bersua muka denganmu..
dan seandainya kau tahu...
aku terlalu merindui saat-saat kita selalu bertengkar..
saat-saat kita selalu bergurau senda..
saat-saat kita selalu bermesra...

OK, aku tahu semua itu hanya kenangan lalu...
tapi kenangan itulah yang selalu aku ingati...
kenangan itulah yang membuatkan aku terlalu berhati-hati dalam memberi hati...

aku tidak mahu lagi dilukai..
aku tidak mahu lagi dihancuri..
dan aku tidak mahu lagi dikhianati...
terlalu perit dan perihnya terasa apabila semua itu kembali terjadi...

mungkin aku bukanlah insan yang terpilih untuk kamu...
tapi aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang selalu dipilih...
mungkin aku bukanlah insan yang sempurna disisi kamu..
tapi aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang terlalu sempurna...
hanya dengan izin Allah...

"Awak, mungkin awak tidak tahu sesuatu..begitu sukar untuk saya memadam perasaan ini...
awak, mungkin awak tidak tahu sesuatu..begitu sukar untuk saya memadam kenangan itu...
awak, mungkin awak tidak tahu sesuatu..begitu sukar untuk saya lakukan semua itu"








Thanxx f0r reading ! ^_^

Monday, 12 November 2012

rintih hati II


aku selalu bermimpi akan perhubungan kita seindah dulu..
aku selalu berharap akan jalinan mesra itu tidak terputus ditengah jalan..
dan aku selalu mendambakan bahawa perkenalan kita akan sampai ke jenjang pelamin...
tetapi itu semua hanyalah mimpi yang direka oleh pencipta sekadar untuk mainan tidur..

aku akui bukan mudah untuk melenyapkan perasaan sayang ini terhadapmu..
aku akui bukan mudah untuk meleraikan dua hati yang telah bersatu..
dan aku akui bukan mudah untuk meraih cinta dari insan yang tidak mencintai kita...
tetapi itulah yang selalu aku lakukan untuk mendapatkan perhatian daripadamu wahai kekasih...

aku sedari bahawa cintaku tidak seutuh cinta si dia..
aku sedari bahawa sayangku tidak sekuat sayang si dia..
dan aku sedari bahawa rinduku tidak seerat rindu si dia...
tetapi itulah yang aku cuba lakukan untuk memenangi hatimu wahai kekasih...

aku selalu berusaha untuk memperbaiki perhubungan ini dan aku tidak pernah mengalah walau sesaat..
tapi kamu tidak pernah berjuang untuk memperbaiki perhubungan ini malah kamu meminta untuk aku melupakannya...
terlalu kejam aku rasakan..
terlalu perit untuk aku menerima...

"awak, saya dah kalah...saya kalah dalam memenangi hati awak...saya akui bukan mudah dan terlalu sukar untuk memecahkan dinding keegoan..
awak, saya menyerah..saya menyerah kerana saya sudah berputus asa diatas segala-galanya yang telah terjadi...
awak, saya redh0...saya redh0 akan semua ini adalah ketentuan daripadanya...
awak, saya lemah..saya lemah kerana terpaksa melepaskan hati awak dan menyerahkannya untuk insan yang lain...
awak, saya keliru..saya keliru dalam memilih jalan kebahagiaan..
awak, saya merindui...merindui semua kenangan-kenangan kita bersama...
awak, saya masih disini bersama cinta yang saya tanam untuk awak...
saya masih disini bersama sayang yang semaikan untuk awak...
dan saya masih disini bersama hati yang telah awak hancurkan...
terima kasih awak kerana pernah menjadikan saya sebahagiaan daripada susah dan senang awak dulu..
terima kasih kerana pernah menyayangi, mencintai dan merindui saya suatu ketika dahulu..."

yeahhh !!
kini aku bangkit dan membuktikan yang aku tak sakit...
segala kata cacian yang telah kau berikan dahulu akan aku jadikan sebagai pembakar semangat buat diri aku terus bangkit...

terima kasih buat insan yang pernah aku sayangi...
dirimu akan tetap aku sayangi seumur hidup aku...
tiada benci dalam hidup aku untuk kamu...



Thanxx f0r reading ! ^_^

Thursday, 1 November 2012

rintih hati


kadang-kadang kesepian itu menghukum aku...
kadang-kadang kesakitan itu menjatuhkan aku...
dan kadang-kadang kesedihan itu menggangu aku...

dimana hilangnya kebahagiaan yang ingin aku kecapi??
kemana perginya kebahagiaan itu??
aku masih lagi terkapai-kapai mencari dimana hilangnya semua itu...

aku akur dan mengakui bukan mudah untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita...
terlalu perit dan pahitnya terasa diketika ini..
tatkala aku terpaksa melangkah ke jalan yang gelap, memasuki lorong-lorong yang penuh dengan liku-liku kehidupan...
inikah yang dinamakan cabaran serta ujian??

mungkin semua ini hikmah yang Tuhan ingin ciptakan buat hambanya...
aku redha dengan segala ketentuanmu...

HATI??
tunjukkan aku ruang kosong itu...
tunjukkan aku dimanakah ruang yang masih belum tertulis namanya...
tunjukkan aku dimanakah tempat yang masih belum terguris...

sejarah hitam itu membuatkan sinar kebahagiaan aku gelap gelita...
tanpa ada sebarang cahaya yang menerangi...

"wahai si pemilik hati, andai kamu yang layak..kau jagakan lah hati ini dengan sebaiknya..jangan lah kau cuba hancurkan hati ini seperti mana hati ini telah hancur tatkala bersama dengan si pemusnah..."

"wahai si pemilik hati, andai kamu adalah cahaya yang akan menerangi gelapku...kau terangilah dengan cahaya yang terang...kau kilau dan sinarkan lah jalan aku menuju keredhaan ilahi..."

"wahai si pemilik hati, andai kamu sebegitu layak...jadikan aku yang terakhir dihatimu, jadikan aku yang terindah diduniamu dan jadikan aku penawar tatkala kedukaanmu..."


Thanxx f0r reading ! ^_^