salam ukhuwah sahabat bl0gger !
tanggal 13 Julai 2012, tepat pada pukul 2.00am, pada hari JUMAAT yang mulia..
juga merupakan penghulu segala hari..perginya hamba Allah swt ke rahmatullah...
beliau merupakan t0k @ nenek kepada aku...
perginya memberi kesan yang ketara di dalam hidup aku...
buat pertama kalinya aku merasai saat2 kehilangan insan yang paling disayangi..
dengan kejadian yang berlaku dihadapan mata, sungguh tak dapat dilupakan buat selama2nya...
Ya Allah, sungguh tak disangka2 insan yang dahulunya selalu berada di hadapan mata, yang selalu menghiburkan kami dengan telatah yang seperti kebudak-budakan itu kini pergi buat selama-lamanya...
insan yang dahulunya gemar bercerita tentang kisah silam, mengajar aku mengaji, peneman tidur sewaktu kecil, membeli makanan buat anak cucunya juga telah tiada lagi...
Ya Allah, sungguh tenang beliau pergi...tenang tanpa pesanan...
sungguh bersih, putih dan suci wajahnya ketika dimandi serta dikhafankan tanpa sebarang parut luka...
kelihatan wajah jenazah tersenyum tenang...
Ya Allah, terlalu mulianya beliau disisiMu...
aku terlalu kagum dengan kebesaranMu Ya Allah...
sebak dan terharunya diriku ketika melihat pengurusan jenazah...
menitis airmata syahdu ini melihat dirinya...
bermula ketika dimandikan jenazah, dikhafankan jenazah sehinggalah dimasukkan ke dalam liang lahad...
Ya Allah, sehingga sekarang aku masih tidak dapat melupakan detik2 beliau menghembuskan nafas terakhirnya...
aku masih tidak percaya bahawa insan yang dahulunya berada dihadapanku kini berada didalam tanah kubur...
Ya Allah, kini tiada lagi kedengaran suara beliau yang memanggil "Atiqah..ohhh..atiqah"
tiada lagi insan yang menanyakan "dah zuhur ke bel0m?" "dah asar ke bel0m?" "dah maghrib?" "dah isyak?"
tiada lagi insan yang meminta "tolong buat susu ke t0k" "tolong buh nasi ke t0k sikit" "ace tolong tengok ubat ni ubat ape?"
Ya Allah, sungguh aku merindui suara2 itu...aku menyesal kerana tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap beliau disaat2 akhir dirinya..
tetapi aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah memakmulkan permintaan aku untuk berjumpa dengan beliau sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya...
sedikit terkilan kerana tidak dapat mem0hon ampun kepada dirinya kerana semasa bertemu dengannya beliau telahpun terlantar k0ma...
cukup terkilan dengan pemergiannya kerana aku satu2nya cucu perempuan yang berada disisinya sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhir...
Ya Allah, kau tenangkanlah arwah t0k @ nenek SULONG BT ALI disana..tempatkanlah beliau dikalangan orang-orang yang beriman..
AL-FATIHAH..
















