Tuesday, 16 April 2013

Pertemuan → Manis + Pahit → Perpisahan


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan...
tak mustahil kalau semua sekali akan berakhir sekelip mata saja kan?
pertemuan kita yang sekali itu cukup bererti...
kau larhh segalanya disaat kita keseorangan...
tapi tidak semestinya perpisahan itu akan selamanya berpisah...

Hampir 3 tahun kita bersama...
menempuh segala onak duri bersama...
datangnya dari dunia yang berbeza...
berbeza cara pergaulan, berbeza cara pemikiran...
tapi semuanya kita tempuh....
ada PAHIT, ada juga MANIS...
yang pahit kita telan dan jadikan pengajaran...
yang manis kita simpan dan jadikan kenangan....

Segala silap dan salah harap dimaafkan...
mungkin aku insan yang tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan...
mungkin juga aku bukan insan yang sempurna...
aku akui yang buruk itu datangnya dari aku dan yang baik itu datangnya dari Allah swt...

Segala apa yang terjadi selama perkenalan ini akan aku jadikan sandaran...
yang pahit itu akan aku campak ke dasar laut...
dan yang manis itu akan aku simpan jauh disudut hati aku...

Seandainya ada yang tidak memaafkan, aku terima...
mungkin itu balasan untuk dosa-dosa yang pernah aku lakukan dulu...
yang aku harapkan perpisahan ini tidak lah bersama benci dan dendam yang berpanjangan...
yang aku inginkan perpisahan yang memberi aku 10001 pengertian...

Kita masih punyai masa untuk merubah sebelum ianya berakhir...
jangan sampai kita menyesal setelah ianya berlalu....


Thanxx f0r reading ! ^_^

Thursday, 31 January 2013

kawan, sahabat, teman


yang dinamakan Kawan itu adalah selamanya...
apabila sudah berkawan tidak mungkin akan berakhir...
yang dinamakan Kawan itu adalah berkekalan..
tidak akan ada istilah kawan makan kawan...
yang dinamakan Kawan itu adalah anugerah..
tidak mungkin kita akan bersendirian....

kawan, sahabat, teman yang baik adalah yang selalu mendoakan...
kawan, sahabat, teman yang baik adalah yang selalu menggembirakan...
kawan, sahabat, teman yang baik adalah yang selalu bersama disaat kita kesusahan mahupun senang...

dialah tempat kita mengadu,.
dialah tempat kita bergelak ketawa..
dialah tempat kita meluahkan perasaan...
dan dia jugalah tempat kita bermesraan...

kawan, sahabat, teman yang baik bukanlah yang selalu bermuka-muka...
kawan, sahabat, teman yang baik bukanlah yang mempergunakan...
kawan, sahabat, teman yang baik bukanlah yang tikam belakang...

hadir dia ibarat pelangi..
yang mewarnai setiap kehidupan kita dengan warna-wana keceriaan..
hilang dia ibarat malam...
yang memberi kita kegelapan tanpa kilauan...

"Sahabat, aku sedari aku bukanlah kawan,sahabat atau teman yang baik terhadap dirimu tapi aku sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik...meskipun aku bukanlah yang selalu menceriakan tapi aku sedaya upaya mempertahankan ikatan persahabatan ini buat selamanya...janganlah engkau curiga terhadap diri ini, kerana aku manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan"

"Sahabat, terima kasih kerana dirimu begitu berharga"


Thanxx f0r reading ! ^_^

Friday, 18 January 2013

surat cinta


Wahai si pemilik tulang rusuk...
mungkin aku tidak tahu siapa kamu...
bagaimana kamu...
dimana kamu...
dan datang darimanakah kamu...
tapi aku pasti, suatu saat nanti kamu pasti menjelma dihadapan aku...

wahai si pemilik hati....
aku mohon agar kamu menjaga hati ini sebagaimana kamu menjaga dirimu...
janganlah kau lukai hati ini kerana itu akan membuat aku lebih terseksa...

wahai si pemilik tulang rusuk...
mungkin kamu bukanlah yang pertama hadir dalam hidup aku...
tapi aku yakin bahawa kamu adalah yang terakhir untuk menerangi hari aku...
hingga ke syurga, insyaAllah...

wahai si pemilik tulang rusuk...
aku berjanji aku akan menjaga dirimu sebagaimana aku menjaga diri aku sendiri...
aku akan cuba memberi kebahagiaan kepadamu...
aku akan menjadi isteri yang solehah disisi mu...
serta aku akan menjadi ibu yang mithali kepada zuriatmu nanti...

wahai si pemilik hati...
aku mohon agar jangan kau kesali akan kisah silam yang telah kita lalui dahulu...
dan aku bermohon agar jangan kau aibkan apa yang sudah terjadi...
andai ianya akan memusnahkan ikatan silaturrahim kita nanti...

wahai si pemilik tulang rusuk...
terimalah aku siapa aku yang sekarang dan bukannya siapa aku yang dahulu...
sesungguhnya manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan...
dan ketahuilah bahawa tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan kotor yang tidak mempunyai masa depan...
sesungguhnya aku adalah tergolong dalam golongan insan-insan yang kerdil yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan....

wahai si pemilik hati....
jagalah ibadahmu, akhlakmu, akidahmu...
sesungguhnya kamu adalah seorang pemimpin...
pemimpin yang akan memimpin aku serta zuriatmu ke jalan yang akan diredhai Allah swt...
janganlah engkau sia-siakan harapan kami...
bawalah kami menuju ke syurga...



Thanxx f0r reading ! ^_^

Thursday, 10 January 2013

bicara hati II


tidak terlalu susah untuk memberi tapi juga tidak terlalu mudah untuk menerima...
hati yang telah terluka bukan mudah untuk diubati dan tidak susah juga untuk kembali terluka....
kita memberi dan disambut dengan penuh harapan....
setelah dicurah dan diadun sebati dengan kasih serta sayang yang berpanjangan...
kini kau mula berpaling tadah...
kau mula menyatakan kepalsuan cinta yang tidak pernah terdetik disudut hati...

kini kau kembali bersama keegoan...
keegoan yang menghantui serta membakar diri sesorang manusia..
keegoan juga yang menyembunyikan sebuah kejujuran...

kepedihan yang terpendam lama-lama boleh jadi api yang membara...
hati yang terluka lama-lama boleh jadi nanah yang berbisa....
jiwa yang terguris lama-lama boleh jadi laut yang bergelora....

aku disini masih lagi bersama hati yang kau lukai....
belum dapat untuk aku menyembuhkan luka yang paling dalam...
ianya pasti memberi kesan parut yang sukar untuk dihilangkan.....

aku disini masih lagi terkapai-kapai dalam mencari siapa aku yang sebenar...
siapa aku dihati kamu dan siapa aku dihati dia...
aku disini masih lagi kaku dengan 1001 persoalan dan dibayangi dengan tanda tanya....

mampukah aku melupakan dan mampukah aku melenyapkan...
hari demi hari aku cuba mengikis sedikit demi sedikit perasaan ini terhadapmu...
mungkin ianya terlalu sukar tapi dengan sedaya upayanya aku mencuba.....

aku tidak mahu lagi tidur malamku diganggu oleh bayanganmu...
aku tidak mahu lagi hidupku dibayangi sejarah hitam....
sejarah hitam yang membuatkan aku kembali jatuh tersungkur....
sejarah hitam yang membuatkan hidup aku musnah....

pergilah engkau dari hidupku...
janganlah engkau terus menyakiti hati aku..
cukuplah dengan penderitaan yang telah engkau berikan pada aku...
dan aku mohon janganlah engkau mempermainkan perasaan aku lagi...



Thanxx f0r reading ! ^_^