Saturday, 29 September 2012

nota tapak kaki IV


setiap kali kita keluar bersama, aku rasa bahagia...
setiap kali kita keluar..
aku akan berada dibelakang kau...
aku melihat kau dan merenung...
kau diam tanpa kata, aku rasa tak menentu dan aku mula bermonolog didalam hati...

"dahulu lelaki ini yang selalu menanyakan aku tentang sesuatu...
dahulu lelaki ini yang selalu menghiburkan aku...
tapi kini, pertanyaan itu sudah mati disitu...
tapi kini, dia tidak lagi akan menghiburkan aku...."

"dahulu, tangan itu yang aku genggam...
dahulu, tangan itu yang selalu aku pimpin...
tapi kini, tangan itu tidak sanggup lagi untuk digenggami...
tapi kini, tangan itu tidak mahu lagi dipimpin..."

"dahulu, bahu itu yang aku sandarkan...
dahulu, pipi itu yang selalu aku cium...
dahulu, badan itu yang selalu berada didalam dakapan aku...
tapi kini, tiada lagi bahu yang ingin aku bersandar...
tapi kini, pipi itu tidak lagi dapat dikucup mesra...
tapi kini, badan itu tidak rela untuk terus mendakap diriku.."

aku mula kaku...
airmata ingin menitis tetapi ditahan agar hari aku bersama kau...
tidak diganggu oleh visi..

disetiap pagi aku sering akan mengatakan
"morning dear"

disetiap malam aku sering mengatakan
"gudnite cinta hati, <3 u till the end"

tapi kini tiada lagi...
pagi aku kini
"1 message receive from KOLONY"

ergghhh, kejam !!

"awak, kenapa awak tak pernah faham isi hati saya??
kenapa awak sanggup biarkan terus terseksa macam ini?"

tapi aku tak boleh salahkan kau...
sebab kenyataan aku yang memilih untuk sebegini..
maafkan aku..
sesungguhnya aku tahu aku tidak lagi layak untuk memasuki hati kamu..
tapi sesungguhnya aku masih memerlukan hati kamu untuk aku meneruskan perjuangan aku...


Thanxx f0r reading ! ^_^

Thursday, 27 September 2012

nota tapak kaki III


seandainya dia tahu bahawa aku kini dilanda keresahan..
seandainya dia tahu bahawa aku kini dilanda kesunyian..
seandainya dia tahu bahawa aku kini dilanda 1001 pertanyaan...

0hh, my GOD !!
what should I do ??
aku kini melangkah tanpa arah tuju...
mencari kebahagiaan yang sudah hilang..
hilang bersama arus keadaan yang keterpaksaan...
dimana kebahagiaan yang aku kecapi dulu??
dalam diri ini kosong !!

Tuhan tolong kembalikan semangat aku yang semakin hari semakin pudar ini...
Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk menerima aku seadanya...
aku tak sanggup lagi dibias mimpi ngeri yang berterusan...

dimana sahaja aku melangkah kini dibias kenangan indah bersama dirinya...
sungguh perit untuk lalui jalan-jalan yang penuh dengan kenangan itu...
aku semakin tersungkur bersama kenangan yang tidak dapat aku kecapi sekarang...

penantian itu suatu penyeksaan...
tapi aku masih lagi memilih untuk menyeksakan diri aku dengan sebuah penantian yang belum pasti...

"awak, maafkan saya...saya terlalu rindukan awak...terlalu dan teramat rindukan kemanisan disaat kita bersama...awak, saya begitu terseksa dengan sebuah penantian ini tapi inilah yang perlu saya lalui kerana jalan ini yang saya pilih...seminggu sudah perhubungan kita terbengkalai namun saya masih lagi mengharap akan hati awak akan tetap bersama saya selamanya...
awak, seandainya awak tahu..saya tidak pernah merasa pun bahawa diri saya telah kehilangan awak...
malah, saya merasa seolah cinta kita adalah cinta jarak jauh..walaupun hakikatnya kita berdekatan...
awak, seandainya awak tahu..
saya ingin sekali memeluk tubuh awak...
ingin sekali berada didalam dakapan manja awak..
ingin sekali dibelai dan dimanja seperti dulu...
alangkah indah jika semua itu masih milik saya.."

selamilah diri ini.. 


Thanxx f0r reading ! ^_^

Monday, 24 September 2012

nota tapak kaki II


awak, maafkan saya..
bukan niat saya untuk buat awak tensen..
bukan niat saya untuk buat awak serabut...
tapi niat saya hanya untuk membahagiakan diri saya...
saya tak nak merasa sedih walaupun saya terpaksa akui bahawa awak layan saya hanya kerana terpaksa...

awak, saya disini masih lagi menunggu dan terus menunggu agar hati awak akan terbuka sekali lagi untuk saya...
walaupun terlalu lama untuk saya tunggu...
namun awak perlu tahu bahawa saya tidak akan berhenti menunggu dan saya tidak akan berhenti mengharap..

awak, maafkan saya jika entry blog saya ini menggangu awak...
walaupun saya tahu yang awak tak pernah pun nak baca entry saya namun saya tidak akan berhenti selagi kasih dan sayang saya ada bersama awak...

awak, ingat ta0 !
saya disini akan terus menunggu awak dan saya mohon agar awak tidak serahkan hati awak kepada orang lain...
awak, maafkan saya jika saya terlalu selfish...
saya buat semua itu semata-mata kerana awak...
saya berharap sangat agar awak mengerti dan fahami perasaan saya...

awak, saya sepi, sunyi dan kosong sejak hubungan kita terbengkalai...
saya mesej awak sebab saya tak nak sunyi...
saya chat awak dekat FB pun sebab saya tak nak terasa sepi...
saya call awak pun sebab saya tak nak terasa kosong...

awak, saya mohon jangan buat saya menangis lagi..
dan bahagiakan lah saya walaupun secara terpaksa...


Thanxx f0r reading ! ^_^

Sunday, 23 September 2012

nota tapak kaki I


wahai sang jejaka...
seandainya kau berada dekat disudut hati aku..
ingin sekali aku memaparkan segala apa yang aku rasa ketika ini...
seandainya kau berada dekat disudut hati aku...
ingin sekali aku pamerkan sedalam mana luka yang aku lalui saat ini...

"Ya Allah, terlalu berat ujian yang kau lemparkan terhadap wanita selemah aku ini...sesungguhnya aku selalu berm0hon kepadamu agar perhubungan kami ini diredhai olehmu"

seandainya kamu tahu wahai jejaka...
terlalu perit bagi diriku untuk menerima hakikat bahawa sebuah RELATIONSHIP bertukar kepada FRIENDSHIP...
apalah naseb diri ini selalu saja dikhianati...
selalu saja dikecewakan...

wahai sang jejaka...
aku bermohon agar diberi peluang untuk memasuki hatimu...
aku bermohon agar diberi peluang untuk berada disamping kamu selalu...

seandainya kau tahu...
aku masih belum terniat ataupun terdetik dihati untuk mencari pengganti dirimu saat ini...
tapi mengapa terlalu mudah untuk dirimu mencari pengganti diriku ??
malam-malam aku kini dibias mimpi indah bersama dirimu...
tapi apabila aku terjaga dari tidur yang lena,..
aku mulai resah, hatiku jadi kebah...
aku menangis kerana aku perlu akui bahawa aku tiada lagi dihatimu...

"awak, saya tahu diri saya telah hilang dalam hati awak tapi saya tetap akan berusaha untuk mendapatkan balik cinta awak yang dulu saya miliki...awak, saya akui bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa sesuatu yang kita impikan tidak selalunya akan dapat...tapi dengan izin Allah, saya tetap akan berusaha...
awak, saya pernah cakap dekat awak dulu...
jangan pernah berubah hati dan awak cakap "yew, saya tak kan berubah hati sebab cinta saya untuk awak"...
awak, seandainya saya berkuasa..
ingin sekali saya putarkan balik masa disaat perkenalan kita...
dan ingin sekali saya merubah keadaan...
dan mengatakan tidak apabila awak meminta untuk memasuki hati saya...
seandainya saya dapat merubah semua itu, tidak lah saya merasa terseksa ketika ini...
awak, saya serik..perit menjalani kehidupan tanpa awak disisi...
saya menangis setiap kali baca post awak diFB,.
saya menangis setiap kali awak menyatakan cinta dan sayang awak terhadap seseorang yang sudah pun dimiliki...
dan saya sering menangis apabila awak menyatakan bahawa awak sanggup tunggu dia...
kenapa baru sekarang awak berkata sedemikian??
kalau dari dulu lagi awak berbuat demikian...
awak tidak akan terseksa sebegini...
dan saya juga tidak akan kecewa, merana dan terluka lagi...
awak, saya mohon pertimbangkan hati awak untuk saya...
saya mohon agar awak tunaikan segala janji dan harapan yang telah awak taburkan buat saya...
dan saya mohon agar awak insafi, sesali serta mengakui akan kesilapan yang pernah awak lakukan buat diri saya..."

wahai sang jejaka...
aku disini masih menanti cinta abadi darimu!!


Thanxx f0r reading ! ^_^

Friday, 21 September 2012

ketahuilah !


awak, dengar larhh luahan hati saya neyhh..

saya tak minta untuk jadi semua ini...
bukan saya minta untuk berlakunya semua ini..
tapi awak yang paksa saya untuk buat macam neyhh..
kenapa awak seksa hati saya??
kenapa awak seksa perasaan saya??
kenapa awak hancurkan harapan saya??

awak..
pernah dulu saya katakan pada awak,.
saya tak sanggup lagi dikhianati..
saya tak sanggup lagi dihancurkan..
saya tak sanggup lagi dikecewakan..
dan saya tak sanggup lagi untuk berhadapan dengan perpisahan...
kemudian apa yang awak katakan pada saya??
awak cakap...
izinkan saya masuk dalam hati awak..
izinkan saya pulihkan luka dihati awak..
izinkan saya untuk menjaga awak...
izinkan saya untuk membahagiakan awak..
dan saya berjanji tidak akan meninggalkan awak walau apa pun yang terjadi...

awak minta saya peluang dan saya memberi peluang itu dengan harapan awak bukan seperti lelaki yang pernah saya temui...
tapi kini apa yang saya dapat??
perkara yang paling saya takuti dan perkara yang paling saya geruni kini telah terjadi...
awak lupa segala yang telah awak janjikan..
awak lupa segala yang telah awak katakan...
dan awak bukan lagi seperti yang dulu...

kenapa??
kenapa mesti saya yang menjadi mangsa lelaki??
kenapa mesti saya yang menjadi mangsa untuk dikhianati??
kenapa mesti saya yang menjadi mangsa untuk dihancuri??
dan kenapa mesti saya yang selalu diperlakukan sebegini??
apa salah saya??
salahkah untuk saya setia??
salahkah untuk saya mencintai??
salahkah untuk saya menyayangi??
salahkah untuk saya menjaga insan yang saya sayangi??

saya tak pernah merayu tapi kini saya perlu merayu...
saya merayu untuk mendapatkan apa yang saya inginkan..
saya merayu demi *****h saya...

awak dah buat luka ney jadi makin dalam...
awak dah buat hati saya hancur seperti kepingan kaca...
dan sekarang awak biarkan saya seorang diri untuk kutip setiap kepingan hati saya yang hancur neyhh..
satu per satu kepingan itu saya kutip...
titisan demi titisan..
airmata saya ini berlinangan...
betapa seksanya terasa sebab terpaksa kutip sendiri hati ini..
hati yang telah awak hancurkan...

awak..
mimpi saya yang indah dulu bersama awak kini berubah menjadi mimpi ngeri...
mimpi ngeri yang buat saya tak sanggup untuk tidur malam...
pagi saya tak lagi seceria dulu...
pagi saya tak lagi diceriakan dengan mesej dari awak...
setiap kali saya bangun tidur pasti mengingatkan saya tentang awak...
kenapa awak sanggup kejar orang yang dah b'punya sedangkan awak ada saya??

awak..
saya m0hon...
fahamilah isi hati saya..
saya tak mampu lagi untuk luahkan dengan kata-kata..
hanya dengan cara ini saja yang mampu saya lakukan...

awak...
saya tak pernah sayang seseorang sampai saya sanggup merayu dengannya...
awak..
saya tak kuat...
awak...
berkali-kali saya katakan..
saya tak sanggup hilang awak seperti saya hilang kawan saya dulu...
kenapa awak sanggup tinggalkan saya sama seperti mereka tinggalkan saya??
saya dah hilang segala-galanya dalam hidup saya...
saya dah hilang kawan yang selama neyh bantu saya...
sekarang saya terpaksa hilang awak..
awak yang selama neyh bantu saya setelah saya kehilangan kawan saya...
sampai hati awak buat saya macam neyhh...
kenapa awak dan mereka sanggup menjatuhkan saya??
kenapa awak dan mereka sanggup melihat saya merana??
tegarnya hati awak kan?

awak fikirlah semula apa yang saya sanggup korbankan demi awak selama neyhh...
sekali lagi saya m0hon awak untuk fikir tentang saya...



Thanxx f0r reading ! ^_^

Wednesday, 19 September 2012

bingkisan hati V


berbisik aku pada naluri hati...
apakah ini semua salah diriku??

berbisik aku pada naluri hati...
mengapa setiap pengorbanan tidak pernah dihargai??

berbisik aku pada naluri hati...
mengapa aku perlu diperlakukan sebegini??

seorang bidadari merenung seorang diri...
melihat jauh disudut sanubari...
merenung dan terus merenung...
lalu menitiskan airmata syahdu..
pilu dengan setiap tingkah laku...

mencari setiap ruang kosong...
menanti dan terus menanti sesuatu yang dicari hinggap disudut hati...
tetapi hampa...
sesuatu yang dicari kini pergi...
pergi mencari bidadari yang lain...
pergi bersama bayang-bayang...

seorang bidadari kembali merenung...
merenung jauh disetiap sudut...
mencari dimana harga diri..
lalu bidadari itu kembali menitiskan airmata...
airmata yang semakin jelas kelihatan...
airmata yang kelihatan bak air mata air yang keluar...
tak mampu lagi untuk dihapuskan...


Thanxx f0r reading ! ^_^

Monday, 17 September 2012

bingkisan hati IV


dear Heart,
aku tahu kau terluka disebabkan sikap kaum Adam..
aku tahu kau kecewa kerana selalu dikecewakan...
aku tahu kau hampa dengan apa yang telah berlaku...

but why??

makin lama luka pun makin dalam...
jelas kelihatan luka t0h...
sakit tahu tak ?
mungkin kau tak rasa apa yang aku rasa sebab kau sengaja melukakan hati aku...

hari-hari aku sepi, kosong !
tiada lagi kata-kata manis dari kau...
tiada lagi belaian manja dari kau..
tiada lagi gelak tawa...
semua itu telah hilang...
hilang dibawa arus deras..
hilang dibawa angin..
hilang bersama mimpi ngeri...

dimana kasih sayang yang dulu kau curahkan sepenuhnya buat aku??
dimana kata-kata manis yang dulu kau ucapkan buat aku??
dimana segala kerisauan yang dulu kau selalu risaukan untuk aku??

sekelip mata kau berubah...
aku masih lagi terkapai-kapai mencari dimana silapku terhadap dirimu..
aku masih lagi terkapai-kapai mencari siapa aku yang sebenarnya dihatimu...

mengapa dulu kau sentuh hati aku??
jika niat dirimu hanya ingin permainkan hati aku??
mengapa dulu kau masuk kedalam hati aku??
jika niat dirimu hanya untuk melukakan hati aku??

kau tahu aku dah banyak kali dipermainkan, dilukakan, dikecewakan...
kenapa kau masih lagi sanggup melakukan sedemikian lagi untuk aku??

mungkin madu telah habis, kini sepah yang kelihatan...
mungkin bunga ros dah berbau bunga tahi ayam...

aku m0hon, aku merayu..
k0takan janji-janji kau dulu...
kembalikan dirimu yang dulu kepada aku...
jangan biarkan aku kesorangan...

aku SUNYI....aku SEPI
KOSONG !!


Thanxx f0r reading ! ^_^

Friday, 14 September 2012

bingkisan hati III


terlerai sudah sebuah janji..
janji palsu seorang lelaki...
dimana harga diri ini?
kemana perlu aku campakkan?
pada siapa perlu aku bergantung?
tangan itu tidak lagi dapatku kecapi...
hati kini berpaling tadah...
dia kini kembali pergi, pergi mencari teman penggantiku...
tidak guna berjanji andai tidak ditepati...
masih lagi perkara yang sama berulang...
itulah rahsia lelaki...
kata-kata manis yang terlalu sebati dalam diri...

andai aku punya kekuatan, ingin sekali kucampakkan hati ini...
andai hati boleh ditukar setiap kali merasa kesakitan...
akan aku lakukan semua itu..
agar aku tidak lagi merasa kesakitan yang sama...

inikah balasan buat diriku yang setia??
inikah balasan buat diriku yang percaya akan dirimu??
tegar hatimu melukai hati aku...
tegar hatimu menduakan cinta aku..
tegar hatimu mencampakkan aku keluar dari hatimu..
apa yang kau katakan pada aku??
aku yang teratas dihatimu tapi siapa pula dia dihatimu??
yang berada dikeseluruhan hatimu??

lagu ini telah meluahkan isi hati...
fahami dan ketahui larhh...




Thanxx f0r reading ! ^_^

Sunday, 9 September 2012

bingkisan hati II


salam ukhuwah sahabat bl0gger..
lagi bingkisan hati mengenai diri ini...

0owhhh, DIRIKU...
maafkan aku..
bukan niat untuk aku menyeksa diri ini..
tapi keadaan merubah diri aku untuk jadi sebegini...

0owhh, DIRIKU...
bukan niat aku untuk mengabai kesihatan diri ini...
tapi keadaan membuat diri aku untuk jadi sebegini...

0whhh, my STOMACH...
perut ini merayu-rayu minta diisi tapi ku abaikan..
bukan niat untuk mengabaikan permintaanmu wahai perut...
tapi mulut ini kaku dan tidak ingin membuka..
mulut ini tidak mampu untuk menerima permintaanmu wahai perut...

0owhh, my STOMACH...
for a few days, aku tidak dapat memenuhi segala kemahuanmu...
maafkan diri ini wahai perut...

"sendirian lagi aku melangkah...langkah demi langkah aku bertapak hanya untuk mencari sinar kebahagiaan yang dahulunya aku kecapi...
setiap langkahan mengingatkan aku kembali saat aku bergelak ketawa bersama si dia..
andai dapat ku undurkan putaran dunia, ingin aku ubah semula kata-kata serta tingkah laku aku...
ingin sekali aku ubah segala kesilapan aku"


Thanxx f0r reading ! ^_^

bingkisan hati

salam ukhuwah sahabat bl0gger..
petang tadi aku pergi menenangkan fikiran di suatu tempat iaitu TAMAN PANORAMA..
disitu terdetiknya sebuah bingkisan dari naluri hati aku..

"disaat ini aku melangkah berjalan berseorangan, tanganku kini dilepaskan..tiada lagi tangan yang menggenggam, tiada lagi tangan yang memimpin..
disaat ini aku mencari kemana hilangnya tangan itu..
dahulu tempat ini mencipta sebuah kenangan buat diriku tapi kini kenangan itu semakin pudar, sedikit demi sedikit kenangan itu kian terpadam "


semua ini terjadi mungkin kerana silapku..
aku mengakui akan kesilapan, aku mengakui akan kekhilafan, keegoan yang melampaui batas...
bukan niat aku untuk mengongkong..

"kedamaian dan ketenangan tidak mampu lagi menutupi kerunsingan hati ini...
melihat kota raya yang tenang seolah-olah tiada masalah..hakikatnya kita tidak tahu apa yang terselindung disebalik kota raya yang tenang itu.."

hati ini goyah,.
bagaimana ingin menutupi masalah seperti kota raya yang dilihat dari sudut atas ini ??

terlalu banyak kenangan yang terukir disini..
masih segar diingatan dan masih boleh terbayang kegirangan disaat kenangan diukir dahulu..
kini aku masih berseorangan mengingatkan kembali kenangan...
aku mencari sudut kosong untuk mengukir lebih banyak kenangan tapi aku gagal..
aku gagal untuk mencipta sebuah lagi kenangan..
dimana harus aku mencari??
kaki aku tidak mampu lagi melangkah..
siapa yang ingin menolong aku untuk meneruskan langkahan ini ??
tangan siapa yang harus aku pimpin dan genggam ??
kemana langkah aku seterusnya ??
apa yang harus aku lakukan supaya kenangan itu terus bersinar ??
dimana haluan aku ??

"malam bawalah aku bersama bulan dan bintang...
serikanlah aku dengan cahaya bulan dan bintang"


Thanxx f0r reading ! ^_^