mampukah aku kembali mengukirkan senyuman yang ikhlas dan bukannya lagi palsu...
sampai bilakah ini semua harus berakhir??
berapa lama lagi aku harus terus disakiti??
berapa lama lagi aku harus terus dikhianati??
berapa lama lagi aku harus terus dikecewakan dan dipermainkan sebegini??
dan sampai bilakah ianya harus berlarutan??
hati aku bukan lagi untuk dikhianati..
hati aku bukan lagi untuk disakiti...
hati aku bukan lagi untuk dikecewakan dan bukan lagi untuk dipermainkan...
seringkali aku bersedih, seringkali aku terfikir...
dimana kehidupan aku yang asalnya bahagia tanpa ada kesedihan??
mungkin sememangnya aku tidak layak untuk merasai kebahagiaan sebagaimana orang lain rasai..
mungkin sememangnya tiada lagi yang mampu memberikan aku senyuman...
"Ya Allah, apakah ini semua cubaan yang terpaksa aku tempuhi...mengapa terlalu berat ujian yang engkau berikan terhadap diriku..apakah ini balasan daripada masa lampau ku.."
bertanya aku pada bintang...
mengapakah engkau wujud pada malam hari...
mungkin jawab bintang...
kerana aku ingin menyinari malammu...
bertanya aku pada bulan...
mengapakah engkau bercahaya pada malam hari...
mungkin jawab bulan...
kerana tanpa aku malam akan gelap gelita....
bulan dan bintang diibaratkan seperti sinar kebahagiaan...
yang muncul demi memberikan secebis kasih didalam kehidupan....
disaat hati meronta-ronta ingin dimiliki...
aku mulai kaku...aku hilang arah...
siapakah dia yang sanggup menjaga hati yang kininya retak...
disaat jiwa merintih ingin disayangi..
aku mulai lemah...aku buntu...
mengapa perlu aku punyai perasaan sebegini...
hari-hariku kini dibayangi dengan kenangan silam....
kenangan yang dulunya memberi sinar kebahagiaan tapi kini musnah dibawa badai...
kenangan yang dulunya aku harap ianya berpanjangan tapi kini terhenti di tengah jalan...
aku tidak lagi mampu untuk mengukir semula kenangan yang terindah....
dimana hilangnya kebahagiaan yang ingin aku kecapi??
kemana perginya kebahagiaan itu??
aku masih lagi terkapai-kapai mencari dimana hilangnya semua itu...
aku akur dan mengakui bukan mudah untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita...
terlalu perit dan pahitnya terasa diketika ini..
tatkala aku terpaksa melangkah ke jalan yang gelap, memasuki lorong-lorong yang penuh dengan liku-liku kehidupan...
inikah yang dinamakan cabaran serta ujian??
mungkin semua ini hikmah yang Tuhan ingin ciptakan buat hambanya...
aku redha dengan segala ketentuanmu...
HATI??
tunjukkan aku ruang kosong itu...
tunjukkan aku dimanakah ruang yang masih belum tertulis namanya...
tunjukkan aku dimanakah tempat yang masih belum terguris...
sejarah hitam itu membuatkan sinar kebahagiaan aku gelap gelita...
tanpa ada sebarang cahaya yang menerangi...
"wahai si pemilik hati, andai kamu yang layak..kau jagakan lah hati ini dengan sebaiknya..jangan lah kau cuba hancurkan hati ini seperti mana hati ini telah hancur tatkala bersama dengan si pemusnah..."
"wahai si pemilik hati, andai kamu adalah cahaya yang akan menerangi gelapku...kau terangilah dengan cahaya yang terang...kau kilau dan sinarkan lah jalan aku menuju keredhaan ilahi..."
"wahai si pemilik hati, andai kamu sebegitu layak...jadikan aku yang terakhir dihatimu, jadikan aku yang terindah diduniamu dan jadikan aku penawar tatkala kedukaanmu..."
seandainya dia tahu bahawa aku kini dilanda keresahan..
seandainya dia tahu bahawa aku kini dilanda kesunyian..
seandainya dia tahu bahawa aku kini dilanda 1001 pertanyaan...
0hh, my GOD !!
what should I do ??
aku kini melangkah tanpa arah tuju...
mencari kebahagiaan yang sudah hilang..
hilang bersama arus keadaan yang keterpaksaan...
dimana kebahagiaan yang aku kecapi dulu??
dalam diri ini kosong !!
Tuhan tolong kembalikan semangat aku yang semakin hari semakin pudar ini...
Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk menerima aku seadanya...
aku tak sanggup lagi dibias mimpi ngeri yang berterusan...
dimana sahaja aku melangkah kini dibias kenangan indah bersama dirinya...
sungguh perit untuk lalui jalan-jalan yang penuh dengan kenangan itu...
aku semakin tersungkur bersama kenangan yang tidak dapat aku kecapi sekarang...
penantian itu suatu penyeksaan...
tapi aku masih lagi memilih untuk menyeksakan diri aku dengan sebuah penantian yang belum pasti...
"awak, maafkan saya...saya terlalu rindukan awak...terlalu dan teramat rindukan kemanisan disaat kita bersama...awak, saya begitu terseksa dengan sebuah penantian ini tapi inilah yang perlu saya lalui kerana jalan ini yang saya pilih...seminggu sudah perhubungan kita terbengkalai namun saya masih lagi mengharap akan hati awak akan tetap bersama saya selamanya...
awak, seandainya awak tahu..saya tidak pernah merasa pun bahawa diri saya telah kehilangan awak...
malah, saya merasa seolah cinta kita adalah cinta jarak jauh..walaupun hakikatnya kita berdekatan...
ingin sekali aku memaparkan segala apa yang aku rasa ketika ini...
seandainya kau berada dekat disudut hati aku...
ingin sekali aku pamerkan sedalam mana luka yang aku lalui saat ini...
"Ya Allah, terlalu berat ujian yang kau lemparkan terhadap wanita selemah aku ini...sesungguhnya aku selalu berm0hon kepadamu agar perhubungan kami ini diredhai olehmu"
seandainya kamu tahu wahai jejaka...
terlalu perit bagi diriku untuk menerima hakikat bahawa sebuah RELATIONSHIP bertukar kepada FRIENDSHIP...
apalah naseb diri ini selalu saja dikhianati...
selalu saja dikecewakan...
wahai sang jejaka...
aku bermohon agar diberi peluang untuk memasuki hatimu...
aku bermohon agar diberi peluang untuk berada disamping kamu selalu...
seandainya kau tahu...
aku masih belum terniat ataupun terdetik dihati untuk mencari pengganti dirimu saat ini...
tapi mengapa terlalu mudah untuk dirimu mencari pengganti diriku ??
malam-malam aku kini dibias mimpi indah bersama dirimu...
tapi apabila aku terjaga dari tidur yang lena,..
aku mulai resah, hatiku jadi kebah...
aku menangis kerana aku perlu akui bahawa aku tiada lagi dihatimu...
"awak, saya tahu diri saya telah hilang dalam hati awak tapi saya tetap akan berusaha untuk mendapatkan balik cinta awak yang dulu saya miliki...awak, saya akui bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa sesuatu yang kita impikan tidak selalunya akan dapat...tapi dengan izin Allah, saya tetap akan berusaha...
awak, saya pernah cakap dekat awak dulu...
jangan pernah berubah hati dan awak cakap "yew, saya tak kan berubah hati sebab cinta saya untuk awak"...
awak, seandainya saya berkuasa..
ingin sekali saya putarkan balik masa disaat perkenalan kita...
dan ingin sekali saya merubah keadaan...
dan mengatakan tidak apabila awak meminta untuk memasuki hati saya...
seandainya saya dapat merubah semua itu, tidak lah saya merasa terseksa ketika ini...
awak, saya serik..perit menjalani kehidupan tanpa awak disisi...
saya menangis setiap kali baca post awak diFB,.
saya menangis setiap kali awak menyatakan cinta dan sayang awak terhadap seseorang yang sudah pun dimiliki...
dan saya sering menangis apabila awak menyatakan bahawa awak sanggup tunggu dia...
kenapa baru sekarang awak berkata sedemikian??
kalau dari dulu lagi awak berbuat demikian...
awak tidak akan terseksa sebegini...
dan saya juga tidak akan kecewa, merana dan terluka lagi...
awak, saya mohon pertimbangkan hati awak untuk saya...
saya mohon agar awak tunaikan segala janji dan harapan yang telah awak taburkan buat saya...
dan saya mohon agar awak insafi, sesali serta mengakui akan kesilapan yang pernah awak lakukan buat diri saya..."