wahai sang jejaka...
seandainya kau berada dekat disudut hati aku..
ingin sekali aku memaparkan segala apa yang aku rasa ketika ini...
seandainya kau berada dekat disudut hati aku...
ingin sekali aku pamerkan sedalam mana luka yang aku lalui saat ini...
"Ya Allah, terlalu berat ujian yang kau lemparkan terhadap wanita selemah aku ini...sesungguhnya aku selalu berm0hon kepadamu agar perhubungan kami ini diredhai olehmu"
seandainya kamu tahu wahai jejaka...
terlalu perit bagi diriku untuk menerima hakikat bahawa sebuah RELATIONSHIP bertukar kepada FRIENDSHIP...
apalah naseb diri ini selalu saja dikhianati...
selalu saja dikecewakan...
wahai sang jejaka...
aku bermohon agar diberi peluang untuk memasuki hatimu...
aku bermohon agar diberi peluang untuk berada disamping kamu selalu...
seandainya kau tahu...
aku masih belum terniat ataupun terdetik dihati untuk mencari pengganti dirimu saat ini...
tapi mengapa terlalu mudah untuk dirimu mencari pengganti diriku ??
malam-malam aku kini dibias mimpi indah bersama dirimu...
tapi apabila aku terjaga dari tidur yang lena,..
aku mulai resah, hatiku jadi kebah...
aku menangis kerana aku perlu akui bahawa aku tiada lagi dihatimu...
"awak, saya tahu diri saya telah hilang dalam hati awak tapi saya tetap akan berusaha untuk mendapatkan balik cinta awak yang dulu saya miliki...awak, saya akui bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa sesuatu yang kita impikan tidak selalunya akan dapat...tapi dengan izin Allah, saya tetap akan berusaha...
awak, saya pernah cakap dekat awak dulu...
jangan pernah berubah hati dan awak cakap "yew, saya tak kan berubah hati sebab cinta saya untuk awak"...
awak, seandainya saya berkuasa..
ingin sekali saya putarkan balik masa disaat perkenalan kita...
dan ingin sekali saya merubah keadaan...
dan mengatakan tidak apabila awak meminta untuk memasuki hati saya...
seandainya saya dapat merubah semua itu, tidak lah saya merasa terseksa ketika ini...
awak, saya serik..perit menjalani kehidupan tanpa awak disisi...
saya menangis setiap kali baca post awak diFB,.
saya menangis setiap kali awak menyatakan cinta dan sayang awak terhadap seseorang yang sudah pun dimiliki...
dan saya sering menangis apabila awak menyatakan bahawa awak sanggup tunggu dia...
kenapa baru sekarang awak berkata sedemikian??
kalau dari dulu lagi awak berbuat demikian...
awak tidak akan terseksa sebegini...
dan saya juga tidak akan kecewa, merana dan terluka lagi...
awak, saya mohon pertimbangkan hati awak untuk saya...
saya mohon agar awak tunaikan segala janji dan harapan yang telah awak taburkan buat saya...
dan saya mohon agar awak insafi, sesali serta mengakui akan kesilapan yang pernah awak lakukan buat diri saya..."
wahai sang jejaka...
aku disini masih menanti cinta abadi darimu!!















No comments:
Post a Comment