Sunday, 9 September 2012

bingkisan hati

salam ukhuwah sahabat bl0gger..
petang tadi aku pergi menenangkan fikiran di suatu tempat iaitu TAMAN PANORAMA..
disitu terdetiknya sebuah bingkisan dari naluri hati aku..

"disaat ini aku melangkah berjalan berseorangan, tanganku kini dilepaskan..tiada lagi tangan yang menggenggam, tiada lagi tangan yang memimpin..
disaat ini aku mencari kemana hilangnya tangan itu..
dahulu tempat ini mencipta sebuah kenangan buat diriku tapi kini kenangan itu semakin pudar, sedikit demi sedikit kenangan itu kian terpadam "


semua ini terjadi mungkin kerana silapku..
aku mengakui akan kesilapan, aku mengakui akan kekhilafan, keegoan yang melampaui batas...
bukan niat aku untuk mengongkong..

"kedamaian dan ketenangan tidak mampu lagi menutupi kerunsingan hati ini...
melihat kota raya yang tenang seolah-olah tiada masalah..hakikatnya kita tidak tahu apa yang terselindung disebalik kota raya yang tenang itu.."

hati ini goyah,.
bagaimana ingin menutupi masalah seperti kota raya yang dilihat dari sudut atas ini ??

terlalu banyak kenangan yang terukir disini..
masih segar diingatan dan masih boleh terbayang kegirangan disaat kenangan diukir dahulu..
kini aku masih berseorangan mengingatkan kembali kenangan...
aku mencari sudut kosong untuk mengukir lebih banyak kenangan tapi aku gagal..
aku gagal untuk mencipta sebuah lagi kenangan..
dimana harus aku mencari??
kaki aku tidak mampu lagi melangkah..
siapa yang ingin menolong aku untuk meneruskan langkahan ini ??
tangan siapa yang harus aku pimpin dan genggam ??
kemana langkah aku seterusnya ??
apa yang harus aku lakukan supaya kenangan itu terus bersinar ??
dimana haluan aku ??

"malam bawalah aku bersama bulan dan bintang...
serikanlah aku dengan cahaya bulan dan bintang"


Thanxx f0r reading ! ^_^

No comments:

Post a Comment