Wahai si pemilik tulang rusuk...
mungkin aku tidak tahu siapa kamu...
bagaimana kamu...
dimana kamu...
dan datang darimanakah kamu...
tapi aku pasti, suatu saat nanti kamu pasti menjelma dihadapan aku...
wahai si pemilik hati....
aku mohon agar kamu menjaga hati ini sebagaimana kamu menjaga dirimu...
janganlah kau lukai hati ini kerana itu akan membuat aku lebih terseksa...
wahai si pemilik tulang rusuk...
mungkin kamu bukanlah yang pertama hadir dalam hidup aku...
tapi aku yakin bahawa kamu adalah yang terakhir untuk menerangi hari aku...
hingga ke syurga, insyaAllah...
wahai si pemilik tulang rusuk...
aku berjanji aku akan menjaga dirimu sebagaimana aku menjaga diri aku sendiri...
aku akan cuba memberi kebahagiaan kepadamu...
aku akan menjadi isteri yang solehah disisi mu...
serta aku akan menjadi ibu yang mithali kepada zuriatmu nanti...
wahai si pemilik hati...
aku mohon agar jangan kau kesali akan kisah silam yang telah kita lalui dahulu...
dan aku bermohon agar jangan kau aibkan apa yang sudah terjadi...
andai ianya akan memusnahkan ikatan silaturrahim kita nanti...
wahai si pemilik tulang rusuk...
terimalah aku siapa aku yang sekarang dan bukannya siapa aku yang dahulu...
sesungguhnya manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan...
dan ketahuilah bahawa tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan kotor yang tidak mempunyai masa depan...
sesungguhnya aku adalah tergolong dalam golongan insan-insan yang kerdil yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan....
wahai si pemilik hati....
jagalah ibadahmu, akhlakmu, akidahmu...
sesungguhnya kamu adalah seorang pemimpin...
pemimpin yang akan memimpin aku serta zuriatmu ke jalan yang akan diredhai Allah swt...
janganlah engkau sia-siakan harapan kami...
bawalah kami menuju ke syurga...















No comments:
Post a Comment