Thursday, 13 December 2012

warkah hati


hari demi hari jiwa ku kini kosong...
hanya dapat berserah pada ilahi...
mampukah aku kembali mengukirkan senyuman yang ikhlas dan bukannya lagi palsu...

sampai bilakah ini semua harus berakhir??
berapa lama lagi aku harus terus disakiti??
berapa lama lagi aku harus terus dikhianati??
berapa lama lagi aku harus terus dikecewakan dan dipermainkan sebegini??
dan sampai bilakah ianya harus berlarutan??

hati aku bukan lagi untuk dikhianati..
hati aku bukan lagi untuk disakiti...
hati aku bukan lagi untuk dikecewakan dan bukan lagi untuk dipermainkan...

seringkali aku bersedih, seringkali aku terfikir...
dimana kehidupan aku yang asalnya bahagia tanpa ada kesedihan??

mungkin sememangnya aku tidak layak untuk merasai kebahagiaan sebagaimana orang lain rasai..
mungkin sememangnya tiada lagi yang mampu memberikan aku senyuman...

"Ya Allah, apakah ini semua cubaan yang terpaksa aku tempuhi...mengapa terlalu berat ujian yang engkau berikan terhadap diriku..apakah ini balasan daripada masa lampau ku.."

bertanya aku pada bintang...
mengapakah engkau wujud pada malam hari...
mungkin jawab bintang...
kerana aku ingin menyinari malammu...
bertanya aku pada bulan...
mengapakah engkau bercahaya pada malam hari...
mungkin jawab bulan...
kerana tanpa aku malam akan gelap gelita....

bulan dan bintang diibaratkan seperti sinar kebahagiaan...
yang muncul demi memberikan secebis kasih didalam kehidupan....

disaat hati meronta-ronta ingin dimiliki...
aku mulai kaku...aku hilang arah...
siapakah dia yang sanggup menjaga hati yang kininya retak...

disaat jiwa merintih ingin disayangi..
aku mulai lemah...aku buntu...
mengapa perlu aku punyai perasaan sebegini...

hari-hariku kini dibayangi dengan kenangan silam....
kenangan yang dulunya memberi sinar kebahagiaan tapi kini musnah dibawa badai...
kenangan yang dulunya aku harap ianya berpanjangan tapi kini terhenti di tengah jalan...
aku tidak lagi mampu untuk mengukir semula kenangan yang terindah....


Thanxx f0r reading ! ^_^

No comments:

Post a Comment